* BEBOLA KENTANG CHEESE *

Bahan-bahan :

Bahan-bahan :
300 gram Kentang di kukus dan di hancurkan
2 - 3 sendok makan Tepung susu
1 butir Kuning telur
1/4 sendok teh Lada bubuk
1 sendok makan Butter tanpa garam ( kalau guna mentega biasa, kurangkan garam )
1/2 sendok teh Garam
tambahan sedikit tepung gandum ( jika perlu sekiranya adunan melekat pada tangan )
Kiub keju secukupnya
Bahan celup :
2 butir Putih telur di kocok sebentar
Serbuk roti
Minyak untuk menggoreng.
Cara:
* Satukan semua bahan dan gaul sehingga tidak melekat pada tangan. Sekiranya melekat, tambahkan sedikit tepung gandum.
* Ambil sedikit adunan, gepengkan dan masukkan kiub keju. Buatkan bebola sehingga habis.
* Gulingkan bebola keju tadi ke dalam serbuk roti. Kemudian celupkan ke putih telur dan di gulingkan sekali lagi dalam serbuk roti.
* Goreng dalam minyak penuh dengan api sedang sehingga bebola tadi masak.
* Hidangkan bersama saus kegemaran anda.
No comments:
Post a Comment