Breaking News

Sunday, August 30, 2015

CARA MEMBUAT SOTONG MASAK KECAP MANIS




Bahan-bahan:

500++ gram sotong - siang dan buang pundi2 hitamnya
1 biji bawang besar - hiris bulat
3 biji cili merah - hiris serong
2 biji cili hijau - hiris serong
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1/2 sk serbuk cukup rasa Knorr
Kicap masin secukupnya
Gula secukup rasa

 
 Cara:

1. Gaul sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit secara merata.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi.
3. Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Hati-hati jangan sampai kering hangus pula.
4. Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.
5. Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah dan bawang besar (kalau guna bawang holland lagi nyaman). Kacau lagi.
6. Perlahankan api, tutup semula kuali dan bila lada dan bawang mula layu barulah boleh dihidangkan

Read more ...

CARA MEMBUAT DAGING BRIYANI




Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu/kambing, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair

Bahan untuk dikisar:

4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
Bahan untuk ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis

Cara Penyediaan:

Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.

Read more ...

Saturday, August 29, 2015

CARA MEMBUAT EGGROL ALMOND




Bahan :

- 4 btr telur
- 175 g gula pasir
- 1 sdt SP
- 160 g tepung terigu
- 25 g tepung tapioka
- 15 g susu bubuk
- 1 sdt almond bubuk
- 150 g mentega, lelehkan

Cara membuat :

- Kocok telur, gula pasir dan SP 7 menit.
- Masukkan tepung terigu, tepung tapioka, susu bubuk, dan almond bubuk. Aduk rata.
- Tuang mentega, aduk rata.
- Panaskan cetakan egg roll, tuang 1 sdm adonan. Tutup sambil dibolak-balik.
- Setelah agak kering, gulung dengan bantuan sumpit.
- Angkat dan dinginkan.
- Simpan dalam wadah kedap udara.
Read more ...

CARA MEMBUAT SUP CENDAWAN




Bahan-bahan:

100g cendawan tiram
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
1/2 kiub ayam
2 sudu sos tiram
Sedikit garam dan serbuk perisa
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air
minyak untuk menumis

Cara-cara:

- Carik2 cendawan tiram dan rendam seketika didalam air kemudian ditoskan.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu.
- Masukkan air dan biarkan mendidih seketika.
- Masukkan pati kiub ayam, serbuk lada hitam serta sos tiram dan dikacau rata.
- Selepas air mendidih, masukkan cendawan tiram, daun bawang, garam dan sedikit serbuk perasa.
- Apabila cendawan sedikit layu boleh la dimatikan api, dan sedia untuk dihidangkan.
Read more ...

CARA MEMBUAT NASI LEMAK SAMBAL TUMIS TELUR PUYUH

Bahan nasi lemak:

3 cawan beras basmathi
1 cawan santan pekat
3 helai daun pandan disimpul
1/2 inci halia dihiris nipis
1 biji bawang besar dihiris
sedikit garam

Cara:

-Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan tambahkan air secukupnya. Kacau rata dan masak menggunakan periuk elektrik sepertimana kita memasak nasi biasa.

Bahan sambal tumis telur puyuh:

30 biji telur puyuh direbus hingga masak dan dikupas kulitnya
20-30 tangkai cili kering dikisar
5 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
sedikit belacan dikisar
air asam secukupnya untuk mengisar
segenggam ikan bilis halus
garam
gula
perasa secukupnya

Cara:

-Tumiskan bahan-bahan kisar hingga naik bau dan terbit minyak. Tambahkan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Gaul sebati.
-Masukkan telur puyuh dan tambahkan sedikit air, kacau dan masak lagi. Tambahkan dengan ikan bilis halus. Kacau, biarkan di atas api seketika dan bolehlah dihidangkan.

Bahan ayam goreng berempah:

8 ketul ayam dicuci bersih
2 biji bawang merah ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk
1/2 inci halia ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
1 sudu besar ketumbar kisar
1 sudu besar 'cukup rasa'
1 sudu kecil serbuk cili

Cara:

-Gaul ayam dengan semua bahan-bahan kisar dan tumbuk. Perap seketika dan goreng dalam minyak terendam dengan api sederhana hingga masak.
Read more ...

CARA MEMBUAT NASI TOMATO




Bahan-bahan:

4 cawan beras (dibersihkan dan toskan)
1 cawan susu segar
4 cawan air (kalau guna basmathi tambah secawan lg)
1 inci halia (potong panjang dan halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
1 helai daun bay
2 sudu besar tomato sos
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 biji tomato (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak tuk menumis (aku guna minyak goreng ayam)

Cara:

1. Panas kan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sampai naik bau (aku kuar kan supaya tak terlalu kuat rasa dia nnt). Kemudian masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.
2. Bila bawang sudah layu masukkan bawang putih dan halia kacau 1 minit sehingga naik bau wangi dan masukkan tomato masak sampai tomato tu hancur dan kering air dia.
3. Bila tomato dah kering dan hancur masukkan sos garam dan gula secukup rasa (kalau boleh korang bagi masin sikit supaya bila letak beras dia akan terasa) Kacau selama 1 minit kemudian masukkan daun bay dan juga sos tomato kacau rata lagi.
4. Masukkan beras dan kacau rata selama 1 hingga 2 minit.
5. Masukkan air dan juga susu kacau rata dan korang adjust lah rasa masin dia sesuai dengan beras nyer nanti, Tutup periuk dan tanak hingga nasi masak, siap tuk dihidangkan.. Boleh juga dihiaskan dengan kacang peas dan juga daun ketumbar dan bawang goreng.
Read more ...

CARA MEMBUAT AYAM GORENG HALIA




Ayam ribs 5 keping dipotong kecil...
Bawang besar 2 labu
bawang kecil 4 biji
bawang putih 3 biji
cili masak 2 biji
daun bawang
halia 2 inci 3 ketul dihiris
sos tiram
garam n kunyit serbuk
garam n serbuk perasa

Ayam setelah dicuci dgn tepung...digaram kunyit lalu digoreng...bila dh garing diangkat...sementara itu tumis semua bahan diatas yg telah siap dihiris masukkan garam n perasa serta sos tiram...kacau sebentar...akhir sekali masukkan ayam dan digaul rata...dh siap..
Read more ...

CARA MEMBUAT AYAM SAUS LIMAU




1. Ayam filet k ena basuh dgn tepung n goreng dengan tepung jagung yg letak garam...ketepikan
2. Tumis bawang putih dngan halia dlm minyak yg sedikit..masukkan sos plum n sedikit garam
3. Masukkan capsicum yg didadu..done..
Sosnya
Perahan sunkis 2 biji..masukkan dlm periuk..masukkan air tepung jagung n kacau..masukkan sedikit sos plum...dah masak curahkan atas ayam...oh ya letak kunyit sikit nak bg kuning
Read more ...

CARA MEMBUAT IKAN KAKAP KUKUS HALIA

BAHAN :

1 ekor Ikan Kakap – di bersih dan kelar sedikit
2 inci Halia – di hiris halus
3 biji Bawang merah – di hiris halus
2 ulas Bawang putih – di hiris halus
10 biji Cili Padi – dipotong atau di titik
daun ketumbar (dihiris)
daun bawang
1/2 btng Lobak merah – di hiris memanjang
2-5 Cendawan shitake – di hiris halus
1 biji Air limau nipis
2 sudu besar Sos Tiram
2 sudu besar Kicap Cair
1 sudu kecil Gula
4 sudu besar Air

Cara penyediaaannya

Bersihkan ikan dan letak ikan di atas pingan bujur.
Masukan semua bahan lain mangkuk dan gaul hingga rata.
Tuang di atas permukaan ikan dan kukus selama 20-25 minit.
Siap untuk di hidang hias dengan daun bawang dan cili merah.
Read more ...

CARA MEMBUAT NASI HUJAN PANAS




BAHAN-BAHAN

4 cawan beras brasmati
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato (dipotong nipis)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun pandan (disimpul)
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
pewarna hijau, kuning dan merah
1 sudu minyak sapi
2 sudu marjerin

BAHAN UTK DITUMIS

3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia (dtumbuk)
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan sehinga wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biar sampai mendidih.
4. Masukkan susu cair, kiub pati ayam, tomato dan beras. (kacau rata)
5. Masakkan seperti nasi biasa.
6. Apabila nasi hampir kering, titiskan pewarna ke satu tempat berlainan.
7. Biarkan sehingga nasi masak dan kering. Kemudian gemburkan nasi supaya rata keseluruhan warnanya.
8. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan daun bawang.
Read more ...

CARA MEMBUAT NASI GORENG TOMYAM




BAHAN-BAHAN

6 cawan nasi sejuk
100 gram udang (buang kulit)
100 gram sotong (potong kecil)
100 gram isi ayam (dihiris nipis)
100 gram lobak merah (potong dadu)
100 gram kubis (potong kecil)
2 biji telur
3 tangkai daun ketumbar
minyak masak secukupnya
garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR

10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu udang kering

CARA PENYEDIAAN

1. Tumiskan bahan dikisar sehingga wangi.
2. Masukkan isi ayam dan lobak merah. Kacau rata hingga masak
3. Masukkan udang, sotong, kubis dan garam. Kacau sekali lg.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan gaulkan semua bahan.
6. Rasakan masinnya dan tabur daun ketumbar.
7. Kacau rata sebentar dan siap dihidangkan.
Read more ...

CARA MEMBUAT SALAD KENTANG IKAN TUNA





BAHAN-BAHAN

1 tin tuna yg berkuah
1 batang lobak merah
1 biji tomato (potong kecil)
beberapa salad hijau
1 biji limau nipis (ambil jus)
2 biji cili merah (dihiris)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 biji cili hijau (dihiris)
garam secukup rasa
KENTANG

CARA PENYEDIAAN :

1. Hancurkan tuna.
2. Hiris halus lobak merah dan salad. Bersihkan dan tuskan.
3. Masukkan semua bahan ke dalam magkuk.
4. Gaul rata dan siap dihidangkan.
Read more ...

CARA MEMBUAT NASI GORENG KAILAN IKAN ASIN





BAHAN-BAHAN

4 cawan nasi putih
1 keping ikan tenggiri masin (digoreng)
300 gram kailan (dipotong kecil)
1 sudu sos ikan
1 pokok daun bawang
2 sudu minyak masak

BAHAN DITUMBUK

2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili api
sedikit belacan
sedikit ikan bilis
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1. Tumiskan bahan menumis hingga wangi.
2. Masukkan, kailan dan sos ikan. Gaul rata.
3. Taburkan ikan tenggiri masin. Gaul sekali lagi.
4. Tabur daun bawang untuk dihidangkan.
Read more ...

CARA MEMBUAT KERABU DAGING




BAHAN-BAHAN:

1kg daging direbus dan dihiris
10 biji cili padi dihiris
2sm belacan  digoreng dan dikisar
250ml air asam jawa
5 biji cili merah l dikisar
5 biji cili hijau l dikisar
3 biji tomato dihiris
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Gaulkan bahan kisar bersama bahan hiris.
2. Campurkan bersama daging dan gaulkan rata.
3. Perasakan dengan kerisik, sos tomato dan garam serta gula secukupnya.
4. Gaulkan sebati dan hidangkan.
Read more ...

CARA MEMBUAT PUDING ICE CREAM OREO




Masa:
Penyediaan: 15 Minit  Memasak: 20 Minit Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 20
Bahan-Bahan:

1 paket agar-agar tali
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gram gula
2 biji telur (xnak letak pun xpe, letak 1 biji pun boleh)
1 bungkus biskut Oreo (Packing yg harga RM2.90)
Aiskrim (x kisah perisa ape pun. Saya guna perisa vanila)
sedikit esen vanila (nak hilangkan bau hanyir telur. kalau, kalau tak letak telur tak payah bubuh esen)

Cara Penyediaan:

Basuh agar2 tali kemudian masak agar2 tadi bersama 1250 ml air diatas dapur dgn api yang sederhana. masukan gula dan kacau perlahan2.
Oreo dikisar dlm pengisar kering.
Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati...kemudian masukan oreo yg dikisar... kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
Bolehlah kemudiannya disejukan dlm acuan ataupon loyang
Dah beku bolehla dipotong2 ,mkn sejuk2 lagi sedap
Read more ...

CARA MEMBUAT NASI GORENG CHINA





BAHAN-BAHAN

2 cawan nasi sejuk
2 biji telur
100 gram udang
1 pokok daun bawang (potong pendek)
100 gram kubis (hiris halus)
100 gram kacang panjang (potong pendek)
100 gram lobak merah (potong kecil)
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

CARA PENYEDIAAN

1. Tumis bahan yg ditumbuk hingga wangi
2. Masukkan telur dan biar sebentar separuh masak
3. Kacau telur hingga hancur sedikit
4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah dan udang. Kacau hingga rata
5. Masukkan nasi dan garam. Kacau sekali lagi hingga rata. Tabur daun bawang. Tutup api. SIAP!!
Read more ...

CARA MEMBUAT NASI DAGING





BAHAN-BAHAN

1 kg daging (potong ikut suka dan rebus dgn halia hingga lembut)
6 cawan beras brasmati
7 cawan air rebusan daging
1/2 cawan susu cair
3 sudu minyak sapi
3 biji tomato
2 sudu kismis
3 sudu rempah kurma (bancuh dgn air sedikit)
2 sudu daun pandan (disimpul)
gula dan garam secukup rasa

 
BAHAN UNTUK MENUMIS

2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 labu bawang besar (hiris halus)
3 ulas bawang putih (hiris halus)
1 inci halia (hiris halus)

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk nasi elektrik (guna periuk pun boleh). Tumis bahan menumis
2. Masukkan rempah kurma yg sudah dibancuh dan kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, tomato, susu cair dan daging. Masak hingga mendidih.
4. Masukkan daun pandan, garam, gula, beras dan kismis.
5. Pindahkan periuk nasi elektrik ke dalam bekasnya dan biarkan nasi masak seperti biasa. sedia untuk dihidangkan.
Read more ...

CARA MEMBUAT AYAM LADA HITAM





BAHAN-BAHAN :

500 gram ayam
1 batang lobak merah (potong kecil)
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
2 sudu lada hitam (ditumbuk)
3 sudu minyak masak
garam secukup rasa

BAHAN DIHIRIS

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

CARA PENYEDIAAN

1. Buangkan kulit ayam, kemudian potong keil.
2. Tumiskan bahan tumisan sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng hingga masak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, kicap pekat, sos tiram, lada hitam dan garam.
5. Masak hingga nampak kepekatannya.
6.Sedia untuk dihidangkan.
Read more ...

CARA MEMBUAT SAMBAL KERANG OMAKKU





BAHAN-BAHAN

500 gram kerang
3 biji limau kasturi (ambil jus)
1 labu bawang besar (hiris)
1 sudu minyak masak
garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK

10 biji cili api
2 biji cili merah
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dtumbuk hingga wangi.
2. Masukkan kerang, bawang besar dan garam.
3. Kacau sebati dan masakkan sehingga mendidih.
4. Tutup api dan masukkan jus limau kasturi (jika mahu)
5. Sedia untuk dihidang.
Read more ...

CARA MEMBUAT KETUPAT SOTONG MAKARONI




Bahan2 :

10 ekor sotong saiz sederhana
1 cawan beras pulut
2 cawan santan sederhana pekat
1 keping gula melaka
Garam dn gula
Daun pandan.
MAKARONI


 











 CARA MEMBUAT :

 bersihkn beras pulut dn rendam dgn santan 30 min. Toskn beras dn santan masuk dlm inner.
  bersihkn sotong dn kluakn kepalanya.
  masukkn beras pulut kedlm sotong 1/3 penuh, sumbat kepala dn sematkn lidi. Kemudian Masukkn ke dlm inner td.
masukkn garam, gula melaks dn daun pandan. HP 10 minit.
  perasakn gula jika x cukup manis.
Read more ...

CARA MEMBUAT SOTONG ASEM MANIS



Bahan2 :

6 ekor sotong saiz sederhana
250gm isi udang cincang
3 btg crab stick - cincang halus
50 gm serbuk roti (breadcrumbs)
1 biji telor ayam
1/2 labu bawang besar- cincang halus
Garam dn serbuk lada sulah.

Bahan sos masam manis
4 sdb sos cili
1 sdb sos tomato
1 sdb kicap cair
1 biji tomato - potong dadu
1 hiris nenas - potong dadu
2 tangkai cili merah - cincang kasar
2 ulas bawang putih - cincang
1 in halia - cincang
1 sdb gula
Air
Tomato cerry dn daun bawang utk hiasan.

CARA MEMBUAT :

bersihkn sotong, bua g kulit hitsm dn kluakn kepalanya.
satukn isi udang, crabstick, bawang, serbuk roti dn telor. Gaulrata dn perasskn dgn sedikit garam dn serbuk lada sulah.
  masukkn inti kedlm badan sotong hingga padat. Tutup dgn kepala sotong dn semat dgn lidi.
  kukus guna steamer noxxa 10 minit. Klua dn kelar2 badan sotong, ketepikn.
  mode stirfry, panaskan minyak. Tumis bawang puyih dn halia hingga naik bau, masukkan cili, tomato dn nanas. Masukkan sos tomato, cili kicap dn gula.
  masukkan sotong yg dikelarvtd dn HP3 minit. Hidang bersama tomato cherry dn daun bawang.
Read more ...
Designed By