Breaking News

Saturday, August 29, 2015

RESEP IKAN KAKAP TIGA RASA



Bahan-bahannya :
  1 ekor ikan KAKAP
  1 ulas bawang putih - ketuk/ mayang
  2 ulas bawang merah - mayang
  1 keping nenas - di dadu kecil
  1 batang serai - di potong serong
  2 biji tomato saiz sedang (+-100g sebiji)
  1 sb sos tomato
  2 sudu besar sos cili
  1 sk nampla / sos ikan
  50ml air
  2 helai daun limau purut
  3-5 biji cili padi thai di titik
  1/4 biji bawang besar - dipotong kasar
  Lada benggala hijau - optional
  Sedikit cauliflower /carrot - optional
  Garam, kunyit dan perasa

Cara masaknya:
1. Ikan dibersihkan dan di lumur garam dan kunyit.
2. Goreng Ikan . Jika INGIN macam kedai boleh goreng dengan api besar. Hasilnya isi ikan akan garing di luar lembut di dalam.
3. Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.
4. Panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi.
5. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
6. Masukkan sebiji tomato yang di potong dadu kecil.
7. Kacau dan masukkan sos tomato, sos cili dan sos ikan/ nampla.
8. Masukkan serai, cili padi, daun limau purut, cauliflower/carrot dan air.
9. Bila carrot/ cauliflower dah hampir masak masukkan capsicum dan bawang besar.
10. Perasakan masin, masam dan pedas (3 rasa) dan curahkan ke atas ikan tadi.

No comments:

Post a Comment

Designed By